Ttt Advokasi Penolong Pengurus Kluster Menarik Di Tanjung Manis, Matu Dan Daro
28 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 27 Januari 2018 yang lepas, semua Penolong Pengurus Pusat Internet dari Kluster Menarik Di Tanjung Manis, Matu dan Daro telah mengadakan sesi mesyuarat bertempat di Bilik Latihan PI Jerijih bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Agenda dibentangkan oleh En. Mohd Akbar selaku Ketua Kluster dari PI Jerijeh dan dibantu oleh Pn. Morarzuna selaku Penolong Ketua Kluster dari PI Tanjung Manis. Mereka di amanahkan untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dari Pusat Internet lain mengenai Skim Pembangunan Kapasiti (Train The Trainer- TTT) Advokasi Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 2018/2019 bagi Peringkat Sarawak setelah mengikuti kursus sebelum ini.
Antara agenda yang dikongsikan ialah mengenai Modul KDB: Communication & Multimedia (Foundation), Managing Risk dan Building Resilience. Selain itu juga, terdapat lagi maklumat turut dikongsikan yang berkaitan cara mengenal pasti muslihat dan penipuan di internet. Melalui mesyuarat ini, pengurus dapat berkongsi sesuatu yang baru serta memberi pendedahan kepada komuniti di sekeliling Pusat Internet berdekatan. Di kesempatan itu juga, pembubaran dan pemilihan ahli jawatan kuasa baharu bagi Kluster Menarik Di TMMD telah dibuat. Bagi Ketua Kluster Menarik Di TMMD yang baru, En. Nejatullah, Pengurus dari PI Semop telah dilantik dan di amanahkan bagi memegang jawatan tertinggi tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: